ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN XI - AM



Seksyen 123. Kecualian dan peralihan

(1) Semua kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis yang mansuh menurut Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

(2) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, semua kuasa Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah diambil alih atau dijalankan oleh Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini dan mana-mana sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya tentang Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai sebutan tentang Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.