ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PEWAKILAN



Seksyen 80. Peguam Syarie

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang undang-undang Islam menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan-peraturan untuk—
(3) Walau apa pun subseksyen (1)—
boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau Ordinan Peguambela Sabah [Bab 2] atau Ordinan Peguambela Sarawak [Bab 110] tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di bawah Akta atau Ordinan itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri di Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Pulau Pinang apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

(5) Seseorang yang sebelum saja seksyen ini mula berkuat kuasa telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie dan hendaklah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah itu.

(6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.