ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak



Seksyen 82. Orang yang berhak menjaga kanak-kanak

(1) Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak daripada mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang daripada orang yang berikut mengikut susunan keutamaan, iaitu—


Dengan syarat bahawa penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

(3) Tiada seorang lelaki pun berhak terhadap penjagaan seseorang kanak-kanak perempuan melainkan jika lelaki itu ialah seorang muhrim, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu yang menyebabkan dia dilarang berkahwin dengannya.

(4) Tertakluk kepada seksyen 83 dan 85, jika ada beberapa orang daripada keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama layak dan bersetuju untuk menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemuliaan, maka yang tertua antara mereka berhak mendapat keutamaan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.