ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 127. Meninggal langsung isteri atau suami

Jika mana-mana orang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya atau suaminya dan dia sengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.