ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 16. Kuasa merampas senjata berbahaya.

Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain yang membuat apa-apa penangkapan di bawah Enakmen ini bolehlah mengambil daripada orang yang ditangkap itu apa-apa senjata yang berbahaya yang ada pada dirinya dan hendaklah menyerahkan semua senjata yang diambilnya itu kepada pihak polis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.