ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 38. Akuan atau pernyataan palsu untuk membolehkan perkahwinan

Mana-mana orang, bagi maksud membolehkan mana-mana perkahwinan dilakukan di bawah Enakmen ini, sengaja membuat apa-apa iqrar atau pernyataan yang palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.