ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 77. Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah

(1) Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah bagi membuat kaedah-kaedah tentang tatacara Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri daripada—
(3) Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.

(4) Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(5) Semua kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.