ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 11. Keanggotaan Majlis

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:
(2) Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan anggota-anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan (1)(c) (i), (ii), (iii) atau (v) bukan orang Islam, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam dan paling kanan selepasnya dari Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.

(5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa adalah Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua atau anggota yang dilantik bagi Majlis terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua atau anggota Majlis sehingga tempoh pelantikannya tamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.