ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 18. Mempengerusikan mesyuarat

(1) Yang di-Pertua, atau dalam masa ketakhadirannya Timbalan Yang di-Pertua, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2) Jika Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.