ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak
Seksyen 83. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan
Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, berhak menjalankan hak terhadap
hadhanah
jika—
(a)
dia seorang Islam;
(b)
dia sempurna akal;
(c)
umurnya melayakkan dia memberi kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d)
dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e)
dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.