ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 133. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah

(1) Tanpa menjejaskan hak mana-mana orang yang mempunyai kepentingan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakan perintah di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang telah membuat perintah itu, dalam hal kegagalan dengan sengaja untuk mematuhinya, boleh, jika perintah sedemikian menghendaki pembayaran apa-apa amaun, mengarahkan amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda yang dikenakan oleh Mahkamah atau boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan kepada orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya jika perintah pembayaran setiap bulan masih belum dibayar, atau, dalam mana-mana hal yang lain, pembayaran satu tahun masih belum dibayar.

(2) Mahkamah boleh—





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.