ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan



Seksyen 17. Mengeluarkan kebenaran berkahwin

Tertakluk kepada seksyen 18, Pendaftar, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang kesahan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan, jika pihak lelaki itu sudah berkahwin, bahawa kebenaran yang dikehendaki oleh seksyen 23 telah diberikan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan setelah dibayar fi yang ditetapkan mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.