ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 136. Pemansuhan

(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 dimansuhkan.

(2) Pemansuhan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983[En. 7/1983.] (Enakmen yang dimansuhkan) tidaklah menyentuh apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dikenakan di bawah Enakmen yang dimansuhkan.

(3) Semua prosiding yang dimulakan di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah diteruskan seolah-olah Enakmen ini telah tidak diperbuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.