ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 110. Pengiktirafan perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., di Malaysia
Sesuatu perkahwinan orang Islam yang bukan warganegara Malaysia yang dilakukan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara asing di Negeri Sembilan hendaklah diiktirafkan sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika—
(a)
perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang negara Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu, atau mengikut cara yang dibenarkan di bawah Enakmen ini;
(b)
tiap-tiap satu pihak itu mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang tempat dia bermastautin; dan
(c)
salah satu pihak ialah seorang pemastautin di Negeri Sembilan, kedua-dua pihak mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.