ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 89. Orang yang berhak kepada penjagaan

(1) Sungguhpun hak terhadap hadhanah atau penjagaan anak mungkin terletak hak pada seseorang lain, bapa ialah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu turun kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—
dengan syarat bahawa dia seorang Islam, seorang dewasa, siuman, dan boleh dipercayai.

(2) Bapa, sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal melindungi kepentingan-kepentingan mereka, dengan syarat bahawa dia siuman sepenuhnya.

(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika terma dan syarat bagi surat cara yang meletakhakkan harta pada kanak-kanak itu dengan nyata tidak membenarkan orang yang disebut dalamnya menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.

(4) Bagi maksud penjagaan ke atas diri dan harta, seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak melainkan jika dia telah genap umur lapan belas tahun.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.