ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 135. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

(1) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia amalan dan tatacara dalam semua prosiding hal ehwal suami isteri di bawah Enakmen ini sebagaimana yang difikirkannya suaimanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetapkan dan mengawal selia fi dan kos yang kena dibayar dalam semua prosiding itu; tertakluk kepada itu, semua prosiding di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal selia oleh amalan dan tatacara Mahkamah yang ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran, setakat yang amalan dan tatacara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Dalam perkara amalan dan tatacara dalam prosiding hal ehwal suami isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan tatacara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi membereskan perkara-perkara yang menjadi isu antara pihak-pihak.

(3) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan bagi—





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.