ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 51. Perceraian dengan li’an

(1) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li’an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, atas penghakiman, Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan supaya mereka difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan li’an itu dengan sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.