ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 41. Kerahsiaan

Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun anggota atau pekhidmatnya boleh mendedahkan atau membukakan kepada mana-mana orang selain Yang di-Pertuan Agong atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam atau mana-mana anggota Majlis apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.