ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan



Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan

(1) Sebaik selepas akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan (ta’liq) yang ditetapkan atau ta’liq lain bagi perkahwinan itu dalam Daftar Perkahwinan.

(2) Catatan itu hendaklah diakusaksikan oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan dua orang saksi, selain Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.

(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.