ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 6. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong

Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Negeri Pulau Pinang, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Pulau Pinang selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.