ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 28. Pewakilan kewajipan atau kuasa Majlis

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Yang di-Pertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Pelaksanaan kewajipan dan penjalanan kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Yang di-Pertua, Setiausaha, atau jawatankuasa yang kepadanya pewakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut pewakilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.