ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 60. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi isteri, dan kesan nusyuz

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh, memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau dengan tidak munasabah enggan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—

tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Sebaik selepas isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, maka isteri itu tidak lagi nusyuz.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.