ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 90. Kuasa ke atas harta tak alih dan harta alih

(1) Berkenaan dengan harta tak alih, seseorang penjaga di sisi undang-undang tidak mempunyai kuasa untuk menjual, kecuali dalam hal-hal yang berikut, iaitu—

(2) Berkenaan dengan harta alih, seseorang penjaga di sisi undang-undang mempunyai kuasa untuk menjual atau menyandarkan barang-barang dan harta benda kanak-kanak itu, jika dia berkehendakkan keperluan-keperluan yang mustahak, seperti makanan, pakaian dan asuhan; dan jika harta alih seseorang kanak-kanak dijual dengan ikhlas dan jujur bagi sesuatu balasan yang memadai, dengan tujuan untuk melaburkan hasil jualan itu dengan selamat dan untuk memperoleh pendapatan tambahan, maka penjualan harta itu hendaklah dikira sah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.