ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 14. Perkahwinan seseorang perempuan

(1) Tiada seseorang perempuan boleh, semasa perkahwinannya dengan seorang lelaki wujud, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

(2) Jika perempuan itu ialah seorang janda—


(3) Jika perempuan itu mendakwa bahawa dia telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya semasa perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa biasa ‘iddah bagi sesuatu perceraian, berkahwin dengan mana-mana orang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(4) Jika perempuan itu ialah seorang balu—





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.