ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki
Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada—
(a)
wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau
(b)
Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberikan persetujuannya untuk perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak; persetujuan tersebut boleh diberikan jika perempuan itu tidak mempunyai wali daripada nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.