ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - PENANGKAPAN, MELARIKAN DIRI DAN PENANGKAPAN SEMULA



Seksyen 15. Memeriksa orang yang kena tangkap.

(1) Bila-bila masa sahaja seseorang itu ditangkap -
Pegawai Penguatkuasa Agama dan pegawai polis yang menjalankan tangkapan itu, boleh memeriksa orang itu dan merampas segala barang yang ada pada badannya selain daripada pakaian yang perlu dan meletakkan barang-barang itu dalam simpanan selamat, dan mana-mana daripada barang itu yang memang ada sebab yang boleh dipercayai telah diguna untuk melakukan kesalahan bolehlah ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(2) Senarai semua barang yang dirampas di bawah subseksyen (1) hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penangkapan dan hendaklah ditandatangani olehnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.