ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 31. Pendaftaran perkahwinan luar negara oleh orang yang bermastautin di dalam Negeri Sembilan

(1) Jika mana-mana orang yang bermastautin di dalam Negeri Sembilan telah berkahwin di luar negara dengan sah mengikut Hukum Syarak, yang bukannya suatu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 24, maka orang itu hendaklah, dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam yang berhampiran sekali atau yang paling senang didapati di luar negara untuk mendaftarkan perkahwinan itu, dan perkahwinan itu, setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Negeri Sembilan dan perkahwinan itu belum didaftarkan di luar negara, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa enam bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Negeri Sembilan dengan cara satu pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di dalam Negeri Sembilan dan—


(3) Pendaftar boleh mengecualikan satu pihak daripada hadir jika dia berpuas hati bahawa ada sebab yang baik dan cukup bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang demikian catatan dalam Daftar Perkahwinan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang sebab pihak itu tidak hadir.

(4) Selepas pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, suatu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui dan yang ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan suatu salinan lagi kepada isteri, dan suatu lagi salinan sah yang diperakui hendaklah dihantar, dalam tempoh yang ditetapkan, kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah menyebabkan semua salinan yang diperakui itu dijilid bersama untuk menjadi Daftar Perkahwinan Orang Islam Luar Negara.

(5) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), perkahwinan itu boleh, atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan kemudian setelah dibayar apa-apa penalti yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.