ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta
Seksyen 94. Perubahan kuasa penjagaan harta
Dalam melantik seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak, Mahkamah boleh, dengan perintah, menentukan, menyekat, atau meluaskan kuasa penjaga berhubung dengannya, setakat yang perlu bagi kebajikan kanak-kanak itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.