ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 81. Kewajipan untuk menanggung nafkah anak-anak tidak sah taraf

(1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tidak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu supaya memberikan apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(2) Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3) Jika perempuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak berupaya untuk menanggung nafkah dirinya, kewajipan itu adalah ditanggung oleh Baitulmal.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.