ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Pembahagian Harta Sepencarian



Seksyen 122. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian

(1) Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak itu.

(2) Dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil kira—

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak, aset atau hasil jualan aset itu.

(3) Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh semasa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagikan antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara pihak-pihak itu.

(4) Dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah mengambil kira—

dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimanapun, pihak yang telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

(5) Bagi maksud seksyen ini, sebutan mengenai aset yang diperoleh semasa perkahwinan termasuk aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya semasa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.