ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 105. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak—
mengeluarkan suatu injunksi menyekat pihak yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau Mahkamah boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau aku janji yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu injunksi menyekat mana-mana orang, selain orang yang mempunyai jagaan atas kanak-kanak itu, daripada membawa seseorang kanak-kanak keluar dari Malaysia.

(3) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.