ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan



Seksyen 23. Poligami

(1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan di dalam Negeri Sembilan seseorang lelaki yang bermastautin di dalam atau di luar Negeri Sembilan dan perkahwinan di luar Negeri Sembilan seseorang lelaki yang bermastautin di dalam Negeri Sembilan.

(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan liabiliti kewangannya yang boleh ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperoleh terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.

(5) Apabila diterima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberikan maklumat mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu untuk hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberikan kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—


(6) Suatu salinan permohonan di bawah subseksyen (4) dan iqrar yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan kepada tiap-tiap isteri yang sedia ada dan kepada bakal isteri.

(7) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Mal (Negeri Sembilan) 2003[En. No. 14/2003.]

(8) Mana-mana orang yang membuat akad nikah bersalahan dengan subsekyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta keseluruhan jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, bolehlah dituntut sebagai hutang.

(9) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam semua perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan di dalam Negeri Sembilan di bawah Enakmen ini.

(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberikan kebenaran atau memerintahkan supaya sesuatu perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa, atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu—





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.