ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 79. Kewajipan untuk menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai anggota keluarga

(1) Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang anggota keluarganya, maka menjadi kewajipannya untuk menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat yang bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Kewajipan yang dikenakan oleh subseksyen (1) hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu ambil balik oleh bapa atau ibunya.

(3) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki pada menanggung nafkah seseorang kanak-kanak sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1) boleh dituntut daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.