ENAKMEN 11 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 34. Kesan pendaftaran di sisi undang-undang

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan sah atau tidak sah mana-mana perkahwinan semata-mata oleh sebab perkahwinan itu telah didaftarkan atau tidak didaftarkan, yang selainnya adalah tidak sah atau sah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.