ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN II - PERBADANAN BAITULMAL



Seksyen 3. Penubuhan Perbadanan Baitulmal.

Maka hendaklah ditubuhkan suatu perbadanan bernama "Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah" yang adalah suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun,yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan mempunyai kuasa untuk membeli atau dengan cara lain memperolehi, memegang dan menukar atau memberi milik atau dengan cara lain menguruskan dengan apa-apa jua cara yang sah di sisi undang-undang, apa-apa harta alih dan takalih, dan untuk membuat kontrak dan amnya untuk melakukan tindakan dan perkara berkenaan sebagaimana yang boleh dilakuk di sisi undang-undang oleh suatu pertubuhan perbadanan dan sebagaimana yang perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan matlamat-matlamatnya dan perjalanan kuasa-kuasanya seperti yang dinyatakan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.