Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
Kira-Kira



Seksyen 104. Bank2.

(1) Majlis hendak-lah melantek bank2 dan boleh menjalankan kira2-nya sa-bagaimana yang di-fikirkan patut.

(2) Bayaran2 oleh Majlis bagi jumlah2 yang melebehi sapuloh ringgit hendak-Iah di-buat dengan chek. Semua wang yang di-terima oleh atau bagi pehak Majlis hendak-Iah dimasokkan ka-dalam kira2 bank Majlis dengan jalan yang di-terangkan.

(3) Chek2 yang di-ambil dari kira2 bank Majlis hendaklah di-tanda tangani oleh Yang di-Pertua atau oleh saorang
anggota Majlis yang di-beri kuasa oleh Yang di-Pertua bagi pehak-nya dan oleh Setia-usaha.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.