Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN Ill
MAHKAMAH2 SHAR'IAH



Seksyen 44. Penubohan Mahkamah Shar'iah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dengan mengishtiharkan di-dalam Warta Kerajaan menubohkan Mahkamah Kadhi Besar bagi Negeri ini.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dengan mengishtiharkan di-dalam Warta Kerajaan menubohkan Mahkamah2 Kadhi di-tempat2 yang di-fikirkan patut dan boleh menghadkan wilayah2 tadbir Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.