ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VII - PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 40. Kontrak-kontrak yang sedia ada.

Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, suratcara dan persetujuan menjalankan kerja yang berjalan sebelum sahaja atau terdahulu daripada tarikh yang ditetapkan yang menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan di bawah seksyen 39 hendaklah berkuatkuasa sepenuhnya terhadap atau bagi faedah Perbadanan dan bolehlah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan secara berkesan seolah-olah, sebagai ganti Majlis, Perbadanan telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak baginya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.