ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN III - PENTADBIRAN



Seksyen 16. Hilang kelayakan untuk perlantikan.

(1) Tiada sesiapa yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung, sama ada dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa saham atau kepentingan dalam apa-apa kontrak dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan layak dilantik sebagai pegawai atau pengkhidmat Perbadanan.

(2) Seseorang pegawai atau pengkhidmat Perbadanan yang mempunyai atau memperolehi saham atau kepentingan tersebut adalah boleh, menurut budi bicara Perbadanan, dibuang kerja terus tanpa notis.

(3) Jika seseorang pegawai atau pengkhidmat Perbadanan, pada masa perlantikannya sebagai pegawai atau pengkhidmat Perbadanan, telahpun mempunyai atau mengawal apa-apa saham atau kepentingan berhubung dengan apa-apa harta yang dimasukkan, kemudian daripada perlantikannya sebagai pegawai atau pengkhidmat Perbadanan, dalam sesuatu kontrak atau sesuatu kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan, maka ia hendaklah menzahirkan saham atau kepentingan itu secara bertulis kepada Perbadanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.