Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 149. Menjual dan membeli makanan dalam bulam Ramadzan.

(1) Sa-siapa jua pada waktu siang hari di-dalam bulan Ramadzan membeli kerana hendak di-makan dengan serta merta atau menjual kapada sa-orang yang berugama Islam kerana di-makan dengan serta merta boleh-lah di-hukum denda tidak lebeh daripada lima puloh ringgit atau penjara tiada lebeh daripada tujoh hari atau bagi kesalahan yang kedua atau yang berikut-nya tidak lebeh daripada satu ratus ringgit atau penjara tiada lebeh daripada lima belas hari.

(2) Mana2 orang yang tiada harus pada Hukum Shara' berbuka puasa memakan akan sa-barang makanan atau meminum pada siang hari di-dalam bulan Ramadzan boleh-lah di-hukum denda tiada lebeh daripada lima puloh ringgit bagi kesalahan kali yang pertama dan bagi kesalahan yang kedua atau mana kesalahan yang berikut-nya tiada lebeh daripada satu ratus ringgit atau penjara tiada lebeh daripada lima belas hari atau kedua2 penjara dan denda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.