Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN PERBICHARAAN MAL



Seksyen 83. Menarek balek dan berselesai.

(1) Yang menuntut boleh menarek balek perbicharaan pada bila2 masa jua sa-belum hukuman di-jatohkan tetapi terpaksa membayar belanja perbicharaan itu, dan sa-lepas itu tiada boleh membawa perbicharaan baharu di-atas perkara itu juga dengan tiada kebenaran Mahkamah itu.

(2) Pehak2 yang mengambil bahagian di-dalam mana2 perbicharaan boleh membuat perselesaian pada bila2 masa
jua. Mahkamah hendak-lah, jika di-pinta oleh mana2 pehak, mengambil ingatan di-atas sharat2 perselesaian itu:

Tetapi wakil amanah harta atau pun wakil yang di-lantek mengikut di-dalam fasal kechil (2) fasal 80 di-dalam Undang2 ini tiada boleh menarek balek mana2 perbicharaan atau membuat perselesaian dengan tiada kebenaran Mahkamah yang akan menimbangkan hak2 warith atau pun orang2 yang di-wakili.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.