ENAKMEN 3 TAHUN 2005
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2005

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang Dan Harta



Seksyen 91. Pelantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah

(1) Jika tidak ada penjaga-penjaga di sisi undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang penjaga untuk memperlindungi dan memelihara harta kanak-kanak itu adalah terletak ke atas Mahkamah dan pada membuat sesuatu pelantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan-pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Pada menimbangkan apakah akan menjadi kebajikan bagi kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang umur dan jantina kanak-kanak itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana karibnya persaudaraannya dengan kanak-kanak itu; kemahuan-kemahuan, jika ada, ibu bapanya yang telah mati; dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan kanak-kanak itu telah mencapai umur membolehkannya untuk membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.