Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
BAHAGIAN II
PERATORAN MESHUARAT
Seksyen 22. Penggunaan Mohor.
(1) Mohor Majlis tiada boleh di-gunakan melainkan pada menjalankan ketetapan meshuarat Majlis dan hendak-lah di-simpan oleh Yang di-Pertua.
(2) Mana2 surat yang berkehendakkan mohor Majlis hendak-Iah di-chap di-hadapan Setia-usaha dan dua orang ahli Majlis dan hendak-lah mereka itu menurunkan tanda tangan menjadi saksi. Tanda tangan yang sa-macham itu memadai-Iah untok menjadi keterangan ia-itu mobor Majlis telah di-chapkan dan mohor itu ia-Iah mohor Majlis Supaya sah pada undang2.
(3) Surat2 yang tersebut berikut hendak-lah di-buat dengan menggunakan mohor Majlis:
(a) surat2 yang wajib di-daftarkan di-dalam Pejabat Tanah;
(b) surat2 tauliah kapada semua Pegawai yang kena mengena dengan Undang2 ini;
(c) surat2 menguasakan siapa2 mewakilkan Maj1is diatas satu2 perkara bagi pehak Majlis; dan .
(d) surat2 yang lain yang di-perentahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. daripada satu masa kapada satu masa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.