ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2001


Seksyen 19. Mendapatkan surcaj

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah seksyen 15 dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 17 adalah suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis daripada orang yang disurcaj dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah oleh Majlis dan boleh juga, jika Majlis mengarahkan sedemikian, didapatkan melalui potongan—

melalui ansuran bulanan yang sama banyak, setiap ansuran tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.