Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 151. Tidak menghiraukan Ramadzan, Hari Raya Fitrah atau Hari Raya Haji.

Sa-siapa jua yang engkar akan titah perentah yang sah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan awal Ramadzan atau Hari Raya Fitrah atau Hari Raya Haji boleh-lah di-hukum denda tidak lebeh daripada lima puloh ringgit atau penjara tiada lebeh daripada lima belas hari.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.