ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 21. Mahkamah terbuka.

(1) Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah hendaklah, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain dan subseksyen (2), terbuka kepada orang ramai.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah Syariah boleh memerintahkan bahawa keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada sesuatu perbicaraan diadakan dalam Mahkamah Syariah tertutup jika Mahkamah Syariah itu berpuas hati bahawa perintah itu dibuat demi kepentingan keadilan dan kesopanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.