ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN III - PENTADBIRAN



Seksyen 18. Jawatankuasa.

(1) Perbadanan boleh melantik jawatankuasa berkenaan sebagaimana yang difikirkan perlu untuk menjalankan fungsi yang diwakilkan kepada mereka oleh Perbadanan atau untuk menyiasat dan melaporkan kepada Perbadanan mengenai apa-apa perkara yang terbit dari atau berhubung dengan apa-apa fungsi dan kuasanya dibawah Enakmen ini. Jawatankuasa tersebut hendaklah tertakluk kepada arahan am Perbadanan dan Majlis.

(2) Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri dari seorang Pengerusi dan tidak lebih dari lima orang ahli lain.

(3) Sesuatu jawatankuasa boleh terdiri dari orang-orang yang bukan ahli Perbadanan.

(4) Ahli sesuatu jawatankuasa boleh dibayar elaun atau saraan berkenaan sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Perbadanan dengan kelulusan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.