ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VII - PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 45. Tugas tambahan Pebadanan.

Selain dari kewajipan yang dikenakan ke atas Perbadanan oleh Enakmen ini, Perbadanan boleh menjalankan apa-apa kerja lain yang berkenaan dan mentadbir dan membelanjakan apa-apa wang lain yang berkenaan bagi maksud berkenaan yang tidak bercanggah dengan Hukum Syarak sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atas nasihat Majlis dan semasa menjalankan kerja tersebut dan membelanjakan wang tersebut, Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai menunaikan maksud Enakmen ini dan peruntukan Enakmen ini dan peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai kepada Perbadanan berkenaan dengan pelaksanaan kerja-kerja tersebut dan berkenaan dengan pentadbiran dan perbelanjaan wang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.