ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN IV - KEWANGAN



Seksyen 23. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan.

(1) Sebelum permulaan bulan Mac, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri anggaran pendapatan dan perbelanjaan Perbadanan bagi tahun yang berikutnya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Perbadanan tentang keseluruhan jumlah perbelanjaan yang diluluskan.

(2) Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi tahun kewangan itu dan Menteri boleh membenarkan semua atau mana-mana bahagian dari perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.