ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008
Seksyen 12. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Sebelum mengemukakan nasihatnya mengenai pelantikan seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Majlis hendaklah merujuk kepada Ketua Hakim Syarie.
(3) Seseorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika—
(a) dia seorang warganegara Malaysia; dan
(b) dia—
(i) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadi atau Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah atau Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah atau Pendakwa Syarie di Negeri Kedah Darul Aman atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
(ii) seorang yang arif tentang Hukum Syarak.
(4) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini berkuat kuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah mereka telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(5) Semua pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.